PERBEZAAN EMAS MENGIKUT GRED


Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera 

Harini Sis nak bagi tips sikit mengenai gred emas. Biasa dengar Emas 999,916, Paun, 24K macam lagu Bruno Mars Tu kan..macam-macam lagi la.. Bile dengar artis-artis nyanyi 24k gold.. sampai produk kecantikan ni pon ada da 24K.. haaa bertambah bling bling  gitu..silau jadinya orang tengok pon cemburu dengan dimuka da pakai produk 24K.. Lepastu tambah lagi emas sebagai perhiasan di badan la boleh la juga merasa macam Dato' Vida...muah, muah, muah, muah gitu...

Haaa..mari kita start dengan mengenali jenis-jenis emas, nanti tak adalah bila jiran tanya tergagap kita nak beritahu emas kita gred apa? berapa "K" (karat) la? macam hantaran masuk meminang anak dara terus bunyinya. Takpa kita pergi pinang emas dulu macam mana, jadi senang nak tau konsep dia.. Kang kita beli Emas 375 diberi harga macam beli Emas 999.


Emas 999 / 999.9 / 24K
  • Emas 999.9 atau 24K ni adalah gred emas yang paling tinggi sekali. Dia punye ketulenan dia 99.95+% . 
  • Biasa nya Emas 999 / 24K ni orang guna untuk pelaburan, barang perhiasan, barangan elektronik, dan peralatan perubatan. Haaa.. sebab tu sekarang banyak produk kecantikan yang dicampurkan dengan Emas 24K ni.
  • Emas 999 / 24K biasanya orang akan buat untuk pelaburan dan simpanan untuk di masa akan datang. Sebab, Emas 999 / 24 K ni adalah Emas yang paling TINGGI nilainya. 
  • Tapi Emas 999 / 24K ada juga kekurangan nya. Emas 999 / 24K emas yang paling lembut sekali sebab ia nya tidak dicampur dengan logam lain.  
  • Majoriti Emas 999 / 24K boleh dijumpai dalam bentuk jongkong.

Emas 950 / 23K
  • Emas 950 / 23K ni ketulenan dia 95.0%
  • Lagi 5.0% adalah logam lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
  • Haa.. Emas 950 banyak dijual dengan harga Emas 999. Jadi silalah cek dulu gred emas anda. Lain kali kami akan ajar pula cara macam mana nak tau gred emas anda supaya tidak ditipu.

Emas 916 / 22K
  • Emas 916 ni emas yang paling banyak dicari oleh orang. sebab ketulenannya yang tinggi 91.6%.
  • Emas ni juga yang biasa orang gunakan untuk hantaran, meminang dan merisik. 
  • Emas ni juga amat popular untuk perhiasan barang kemas yang kosong tanpa permata sebab warna kuning keemasan.
  • Barang kemas yang lembut jadi tidak boleh dicampur permata dan tidak sesuai untuk pelaburan

Emas 875 / 21K
  • Emas 875 / 21K ni pulak ketulenan dia 87.5%
  • Emas perhiasan wanita kosong tanpa permata dengan hanya satu warna kekuningan emas.
  • Emas perhiasan tulen dalam barang kemas mempunyai warna kuning keemasan
  • Tapi Emas 875 / 21K ni barang kemas yang lembut jadi tidak boleh dicampur permata dan tidak sesuai untuk pelaburan.

Emas 835 / 20K
  • Mempunyai kandungan emas sebanyak 83.5%
  • Emas 835 / 20K amat popular di Kelantan

Emas Paun / 19K
  • ้’ฑ้‡‘ = Emas tulen diantara 79% - 81% Dikenali sebagai emas paun,
  • Campuran utama adalah tembaga merah, emas ini hanya ada di Malaysia, 
  • Emas paun ni emas yang digunakan oleh nenek-nenek kita masa nak kahwin dahulu
  • Sudah hampir 20 tahun ia tidak dihasilkan..
  • Nak kenal Emas Paun kebiasaannya dia ada cop tulisan cina dekat barang tersebut

Emas 750 / 18K
  • Ketulenan Emas 750 / 18K ni sebanyak 75.0%.
  • Emas ni juga banyak digunakan dalam cincin permata
  • Emas 750 atau 18 Karat adalah piawaian barang kemas antarabangsa.
  • Emas ni juga kebanyakan digunakan di luar negara.
  • Cuma kita di Malaysia kebanyakan nya menggunakan Emas 916 /22K
  • Reka bentuk daripada emas 18 Karat lebih halus dan cantik kerana emas lebih keras untuk membentuk sesuatu bentuk emas perhiasan
  • Kurang popular dikalangan pembeli emas kerana mutu emas rendah

Emas 585 / 14K
  • Mempunyai kandungan emas sebanyak 58.5%.
  • Emas perhiasan dengan bentuk menarik, mempunyai permata dan pelbagai warna
  • Emas perhiasan yang seimbang antara ketahanan dan ketulenan emas dengan aloi lebih keras, kukuh, lebih tahan lama dan lebih lasak namun tidak selamat dari tindak balas alergi pada orang yang sensitif kepada nikel.
  • Sesiapa yang ada alergi Emas 585 / 14K boleh memberikan tindakbalas alergi atau ruam kerana lebih banyak logam dari emas  
  • Kepada sesiapa yang nak gunakan Emas 585/14K untuk melabur. Emas 585 / 14K amatlah tidak sesuai untuk pelaburan. 
  • Emas 585/14K ni popular di Malaysia pada 1995 hingga 2003 untuk menghasilkan rantai kristal, sekarang campuran ini dihasilkan jika ada tempahan khas barangan permata.
  • Warna dia juga nak ke kemerahan macam tembaga
  • Nama famous orang dulu-dulu Emas Campur

Emas 375 / 9K
  • Emas tulen 37.5%, dikenali sebagai Suasa
  • Kebanyakan pemakainya adalah lelaki. Lelaki kan tak boleh pakai emas 

Haaa... ini adalah gred-gred dan basic emas yang perlu diketahui..Jadi boloeh korang tayang emas korang sambil bercerita tentang gred emas korang waktu balik berkumpul masa raya atau tengah melakukan mesyuarat tingkap.

Lain kali, Sis akan bagi tips macam mana nak kenal  emas korang tu emas apa.. emas tu palsu ke tak..Ada banyak cara nya..

Nantikan tips-tips dari kami di thread yang akan datang ok!





Jangan lupa datang ke Kedai Emas Hafiz tau...
 Kita ada emas baru masok!!!
































Comments

  1. maaf saya nak tnya ,kalu saya nakk beli emas 585 rugi la erh?? sbb x boleh jual kan?? ke saya untung klau simpan emas 585 nih?? 916 mmg lagi untung..tpi saja nk tahu pasal 585 ni...๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  2. boleh tak tolong tukarkan jenis font awak...susah nak baca...tq

    ReplyDelete
  3. Bodoh toi la nk share sesuatu bia la jujur iklas ni tulis pn mcm bahasa rusia,susah nk baca bonggok..sekolah guna tulisan 2 ke pe

    ReplyDelete
  4. ุฏูŠ ู…ุงุฑู‡ ูุตู„ ููˆู† ุฏุง....

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..walaupun susah nk baca..tapi satu perkongsian yg berguna..lagi susah lgi berharga nilai ilmunya. Yang sabar membaca dapat pahala...hihi.. saya pembeli semua jenis emas lama atau patah dalam Batu Pahat.. kalau ada nak jual rojer wasap saya 0102440196. Jgn jual besi sudah lah. Wasalam.

    ReplyDelete
  6. How to play casino games on android - Drmcd
    Casino games are very popular at ์†์ดˆ ์ถœ์žฅ์•ˆ๋งˆ this ํƒœ๋ฐฑ ์ถœ์žฅ์•ˆ๋งˆ casino. This ํฌ์ฒœ ์ถœ์žฅ๋งˆ์‚ฌ์ง€ is where ์ถฉ์ฒญ๋‚จ๋„ ์ถœ์žฅ์ƒต you can play the most ์•ˆ์–‘ ์ถœ์žฅ์ƒต popular games for real money. The first thing to do is to choose which casino is

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts